Aqiqah Nasional diuruskan oleh : Kijang Kota Trading
Alamat :
No. 147, Jalan 2, Desa Mahkota,
43500 Bangi, Selangor
No. Tel : 603 - 8926 5171 / 8926 5175
No. Fax : 603 - 8926 4757
Telefon Bimbit : 6019 - 371 4434
Aktiviti Baru
Assalamulaikum... Penyembelihan Lembu Untuk Aqiqah Berkongsi sepanjang Januari masih ada kekosongan. Sebahagian hanya RM380. Daging boleh di ambil atau kami sedekahkan ke Madrasah atau Rumah Anak Yatim.. Abg aji 019 3714434 Bilal 017 6958477 .. silakan
Kemaskini : 28/12/2011
Berita Terkini
Admin Login
Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah,
begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a
katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,
"Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka
tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang
menyakitkan iaitu kekotoran dan najis". (5154).
Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua
tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum
sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia
dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.
Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah
baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih
baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara
yang telah tertinggal.
Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh
daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan
selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda,
"Bayi itu di tebus (tergantung) oleh
aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu
diberikan nama serta dicukur rambutnya".
Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik
dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya.
Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa'at kepada
kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.
Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan
kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat
disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran
kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.
Firman Allah, "Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia
meredhai bagimu kesyukuran itu."
(As-Zumar: 7)
"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur
nascaya Aku akan tambah untuk kamu." (Ibrahim: 7)
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah
perhiasan hidup di dunia."
(Al-Kahfi: 46)
Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya
kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir
cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.
Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan
melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.
Firman Allah, "Sedang sifat bakhil itu memang tabiat
semulajadi yang ada pada manusia." (An-Nisa: 128)
"Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari
kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya."
(Al-Hasyr: 9)
Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan
menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas
satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan.
Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.